Sunday, August 31, 2008

1.40am - Monday

Insyaallah saya akan kembali semula sedikit masa lagi bagi menunjukkan sistem yg saya guna pakai. Jadi anda di luar sana jgn risau, selagi anda ikut disiplin dan mengamalkan MM yg ketat, saya rasa anda mampu membuat perubahan selepas ini.

24 November 2008
(9.45 pm - Isnin)

Alhamdulillah...seperti yg dijanjikan dulu, saya kembali semula bagi membincangkan teknik-teknik yg biasa saya guna dalam urusniaga forex. Namun perlu diingat bahawa teknik yg saya guna pakai ini bukan 100% sempurna cuma apabila anda sudah agak lama berurusniaga...PENGALAMAN dan Teknik jika digabungkan mampu memaksimakan pulangan dan meminima kerugian.

Walaupun urusniaga ini nampak seperti senang namun harus diingat bahawa urusniaga ini amat berisiko. Dan jika anda tidak memberi tumpuan yg sewajarnya maka bersedialah untuk kehilangan modal anda! Oleh itu anda perlu bijak dalam membuat keputusan!


Saturday, February 16, 2008

Tip Asas Menjadi FOREX TRADER

Assalamualaikum Wbkth,




Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada anda yang sudi melawati laman ini. Harapan saya agar laman ini mampu memberi sedikit sebanyak pengetahuan tentang dagangan matawang yang juga lebih dikenali sebagai “FOREX” kepada semua pelawat laman ini.



Harapan saya laman ini dapat memberi maklumat berguna kepada para ‘Forex Trader’ baru. Manakala bagi yang sudah lama, dapatlah kiranya memberi maklum balas yg mampu memberi manfaat kepada traders yg masih tercari-cari sistem yang serasi dengan mereka.



Saya sebenarnya juga merupakan ‘trader baru’, bermula pada pertengahan 2006 dengan akaun live pertama dibuka dengan platform “MARKETIVA”… dan secara jujur pada masa itu saya fakir ini merupakan jalan yg saya tercari-cari bagi menambah pendapatan dan bermula dari situ saya mula mencari, membaca, belajar serta mula merasa kepahitan apabila sentiasa rugi setiap kali membuka posisi… kenapa? Antara faktornya ialah tidak sabar, percaya bahawa saya sudah cukup ilmu sbg trader, tidak ada sistem yg akan diguna utk memasuki pasaran, tidak ada “Money Management” yg berkesan, percaya pada robot (Expert Advisor) bahawa ianya mampu menjadi mesin duit utk kita… last-last jadi ‘mesin makan duit’… yg untungnya penjual robot tu..hehehe… saya dah banyak pun habis duit beli robot tu… secara ikhlas tidak ada satu pun yg benar-benar menjana pendapatan…!



Sejak itu saya mula mengubah cara memasuki pasaran dengan membuat satu set peraturan sendiri dan memastikan saya mengikut peraturan-peraturan yg telah saya buat tu. Dan inilah juga yg seringkali diingatkan oleh ‘Sifu-Sifu’ forex yg telah lama menjana pendapatan pendapatan mereka daripada dagangan matawang ini. Bagi saya forex amat sesuai dengan jiwa saya yg langsung tidak serasi dengan MLM. Namun tidak serasi dengan kita bukannya tidak serasi dengan orang lain juga…malah ramai yg jadi jutawan melalui MLM! Yang pentingnya adalah kesungguhan serta mempunyai ‘Istiqamah’ dalam apa jua bidang yg kita ceburi.



Saya masih ingat satu ungkapan ketika membaca mengenai forex di www.babypips.com yg maksudnya lebih kurang begini..’Kita membayar utk bermain golf… manakala Tiger Wood pula dibayar utk bermain golf…’. Kesimpulannya lebih kurang begini, jika anda memasuki bidang ini (sbg trader) sekadar suka-suka atau sekadar mengisi masa lapang… anda sebenarnya cuba utk menjadi sebahagian daripada 95% trader yg rugi! Kita perlu belajar utk memulakan perniagaan. Jangan fikir kita sudah cukup ilmu dan tidak mahu belajar. Ini akan membawa anda kearah yg kita sendiri akan mengalami kepahitan seperti mana yg berlaku pada saya seawal pengelibatan saya dalam forex 2 tahun yg lepas.



Alhamdulillah… setelah 2 tahun, saya sudah mula serasi dengan sistem yg saya dapat secara percuma diforum-forum forex di internet. Harus diingat bahawa walaupun terdapat begitu banyak sistem yg diutarakan dan dibincangkan diforum-forum namun setiap satunya mempunyai kelemahan masing-masing. Berlandaskan bahawa tiada sistem yg betul-betul boleh menjana pendapatan, saya telah mencampurkan semua sistem itu menjadi template saya. Dan mungkin rezki dari Allah juga, saya mula mampu menjana sedikit pendapatan melalui forex.



Sistem ini juga tidak sempurna sebagaimana sistem-sistem yg lain tetapi saya yakin jika digabungkan dengan ‘Money Management’ anda, ia mampu menjana pendapatan! Saya tidak akan sesekali menjual sistem saya ini kepada anda kerana ia bukannya kepunyaan saya. Saya akan memberinya secara percuma bila anda membuka akaun ‘Real’ di www.liteforex.org/default.php?uid=900002497 .Adakah saya akan dapat komisen? Jawabnya ‘Ya’ tapi ianya bukan menjejaskan deposit anda. Komisen itu dibayar oleh pihak LiteForex (Berbaloi kerana sistem yg anda dapat akan menjana pulangan yg baik diberi secara percuma!) . Kenapa LiteForex? Sebabnya ia mempunyai Pejabat Cawangan di Kota Bharu, Kelantan. Dan salah seorang staffnya di Kota Bharu adalah kawan saya. Ini penting kerana jika kita ada apa-apa masalah berkaitan dengan Deposit atau Withdraw (Pengeluaran wang) kita boleh terus ke Kota Bharu… tidak perlu ke luar nagara! Dan anda juga akan menjadi ahli kelab seperti mana yg lain-lain dalam kumpulan ini. Ini penting kerana perbincangan akan diadakan dari semasa ke semasa bg menjamin kadar profit yg maksima.



Harapan saya semoga kita mampu menjana pulangan yang lebih baik melalui perkongsian idea… semakin ramai saya rasa semakin baik kerana saya percaya bahawa kita mampu! Malaysia Boleh! Forex Trader Boleh! Saya rasa itu sahaja buat kali ini, saya akan cuba update laman ini dari semasa ke semasa agar ianya dapat membantu kita mengutip sebanyak mungkin PIPS! Sudi-sudilah kiranya anda menghubungi saya (Cikgu Sir) di no: 013 9284908.



Mungkin kita boleh bertukar-tukar idea kearah penambahbaikan demi manfaat utk semua rakan-rakan trader. Terima Kasih.



Cikgu Sir

(9w2ymz)